Peluang Perniagaan di RAPID Pengerang

20 Jul

Peluang Perniagaan di RAPID Pengerang

Pada Februari 2017 yang lepas, saya telah mendaftarkan syarikat saya di laman web sebuah agensi kerajan yangterlibat secara langsung dalam perkembangan RAPID di Pengerang, Johor. Selang beberapa hari selepas itu, saya menerima satu panggilan dari pegawai bahagian perolehan Petronas yang bertanyakan tentang aktiviti perniagan syarikat saya dan adakah syarikat saya berdaftar lesen Petronas.

Syarikat saya juga menerima surat dan emel jemputan kesebuah majlis yang dianjurkan oleh agensi tersebut bersama-sama agensi lain termasuk Petronas. Majlis tersebut adalah berkaitan dengan perkembangan terkini aktiviti pembangunan di RAPID dan potensi perniagaan yang sedang terbuka luas untuk dinikmati syarikat tempatan khususnya di Johor.

Dalam majlis tersebut, kami didedahkan dengan status projek RAPID dan jadual jangka siap kerja. RAPID dijangka akan beroperasi pada tahun 2019. Petronas dan agensi-agensi yang terlibat sedang berusaha membantu syarikat tempatan mempersiapkan diri dan bersedia untuk terlibat secara langsung terus kepada Petronas dalam pelbagai aktiviti perniagaan.

Dalam majlis tersebut kami didedahkan dengan beberapa perkara. Antaranya seperti;

  1. Pengenalan kepada  PIC, Pengerang Integrated Complex
  2. Peranan agensi dalam pembangunan usahawan
  3. Peranan agensi dalam pembangunan kemahiran
  4. Peranan agensi dalam bantuan modal dan geran
  5. Skop-skop serta bidang pekerjaan
  6. Prospek perniagaan untuk syarikat tempatan
  7. Kaedah perolehan Petronas
  8. Cara mendaftar lesen Petronas

Saya yakin inisiatif yang diambil oleh Petronas dan agensi terlibat dapat membantu pertumbuhan ekonomi penduduk tempatan. Syarikat0syarikat di luar sana perlu merebut peluang yang ada. Insyaalah. Selamat maju jaya

Please follow and like us:
0

5 Comments

  1. assalam…….saya usahawan kecil di johor. (peniaga makanan)..apa peluang perniagaan yang boleh saya ceburi disana…boleh hubungi saya 0127914702

  2. Assalamualaikum nazri, klu sy sykt register di kl tp brasal dr johor boleh ke memohon dan perlu ke brdaftar dgn petronas dahulu…mohon pncerahan.

    1. Tuan boleh daftarkan syarikat tuan dengan JPDC. Kemudian hubungi mereka untuk maklumat lebih lanjut mengenai peluang perniagaan di RAPID

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *