Perkongsian Tokoh Usahawan – Bab 2

20 Jul

Perkongsian Tokoh Usahawan – Bab 2

Saya tak dapat gambarkan rasa teruja yang amat sangat kerana tokoh tersebut (DS) sudi menerima kunjungan saya. Pada mulanya saya terfikir untuk menyediakan profil syarikat dan beberapa dokumen untuk dibincangkan. Tetapi saya batalkan niat tersebut kerana saya mahukan perjumpaan pertama ini harus berlaku secara santai untuk berkenalan.

Jam 9.00 pagi ketika saya sedang sedia untuk keluar dari rumah sahabat saya di Sri petaling, terima panggilan telefon dari DS untuk tentukan lokasi perjumpaan. Kami akan berjumpa di Hotel Sheraton Imperial, KL. Setelah merujuk Gogle Maps, saya katakan saya akan sampai sekitar jam 10.30 pagi. Dari Stesyen Sri Petaling saya naik LRT ke Stesyen Hang Tuah sebelum bertukar menaiki Monorail dan turun di Stesyen Medan Tuanku. Hotel Sheraton Imperial terletak betul di sebelah stesyen tersebut. Alhamdulillah! Sampai di hotel jam 10.25 pagi.

Sementara menunggu ketibaan DS, saya berdoa di dalam hati supaya perjumpaan pagi ini tidak sia-sia dan membuang waktu beliau. Saya faham kepadatan jadual waktu orang koprat yang penuh dengan mesyuarat sana-sini. Tak termasuk lagi dengan deretan temu janji orang-orang yang ingin berjumpa beliau. Apatah lagi saya datang dengan tangan kosong yang cuma berbekalkan satu niat. Dalam diam ketika berdoa, terima lagi panggilan dari DS yang beliau sudah tiba di lobi. Saya bingkas bangun mencari beliau. Kami berjabat tangan dengan DS memulakan dengan bertanya khabar saya. Saya dapat lihat air muka beliau yang ceria dan sentiasa tersenyum membuatkan saya hilang rasa gementar. Beliau menjemput saya duduk di cafe hotel tersebut. Saya duduk berhadapan DS

DS mengeluarkan cerut dari bag yang dibawanya sambil memaggil pelayan untuk memesan minuman. Melalui perbualan mereka yang mesra, saya yakin mereka sudah saling kenal. tentu DS adalah regular VIP di situ. Selesai memesan minuman, saya mengeluarkan sebuah buku nota. DS menyruh saya duduk dikerusi sebelah beliau. Sambil tersenyum saya bingkas bangun dan duduk disebelah beliau dan kami memulakan perbualan.Seingat saya, DS yang banyak bercakap dan saya mungkin hanya 20% sahaja. Bagi saya itu sangat baik kerana saya bukan datang untuk menjual, tujuan saya adalah untuk mendengar kerana bukan mudah untuk mendapatkan perkongsian seperti ini.

DS menyatakan yang hari ini beliau telah kosongkan jadual kerjanya dan beliau akan menerima sesiapa sahaja yang ingin datang berjumpa dengannya. Saya meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada beliau kerana saya dikira bertuah. Memang sejak perkongsian beliau di JB pada Februari 2017 yang lepas, ramai ahli perniagaan dan usahawan yang ingin berjumpa beliau. Tetapi, beliau tidak mampu untuk menerima kunjungan kerana sibuk dengan tugas. Alhamdulilah, saya orang ketiga yang berjaya berjumpa beliau.

Perbualan kami diteruskan. Saya hanya ceritakan serba sedikit latar belakang saya tanpa banyak menyentuh perihal kerja. Oleh kerana kami sama-sama berasal dari Johor, jadi serba sedikit perbualan menjadi mudah. Kemudian DS mula bercerita tentang latar belakang beliau yang memberi motivasi dan kesedaran kepada saya. Saya akan sambung dalam bab berikutnya kerana mata saya dah sangat mengantuk sekarang. Insyaalah

 

Please follow and like us:
0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *