Perkongsian Tokoh Usahawan – Bab 3

20 Jul

Perkongsian Tokoh Usahawan – Bab 3

Saya Tak Pandai Tapi Saya Berjaya

DS berasal dari keluarga susah. Beliau telah merantau ke KL dalam usia sangat muda. Beliau juga tidak mempunyai pelajaran yang tinggi untuk dibanggakan. Namun, segala pengalaman dan ilmu yang diperolehi dalah kehidupan, beliau adunkan untuk menjadi resepi kejayaan yang setiap orang idamkan. Berbekalkan pengalaman beliau bekerja disebuah syarikat telekomunikasi tempatan terbesar, beliau mula menetapkan matlamat kejayaan untuk membina sebuah syarikat berjaya. DS menjadikan syarikat tempat lama beliau bekerja sebagai kayu ukur kepada kejayan beliau. Dan bermulalah perjalanan beliau jatuh bangun dalam perniagaan sehingga kni telah berjaya.

Soalan pertama dari DS, “Awak nampak saya berjaya?” Saya jawab ya

Kemudia DS bertanya lagi, “Saya tak pandai, tapi awak nampak saya berjaya. Kenapa?” Terkedu juga saya nak jawab. DS menuding jari telunjuknya ke atas. “Allah”. Apa yang ada dimuka bumi, semuanya milik Allah. Tapi adakah kita yakin? Ramai kontraktor berfikir mereka memerlukan orang dalam untuk mendapatkan projek. Kalau tiada orang dalam, mereka tak yakin boleh memenangi kontrak atau tender. Bermakna, kita tidak yakin rezeki itu dari Allah. Saya terdiam sejenak.

DS seorang yang berpegang pada prinsip. Ilmu yang banyak tapi tak diamalkan, membawa kesesatan. Ilmu yang sedikit tapi diamalkan membawa kepada kejayaan.

Begin With The End In Mind

DS berkali-kali menyebut ayat dari petikan buku Stephen Covey yang bertajuk The 7 Habits of Highly Effective People di mana, perkara ke-2 dalam buku tersebut adalah Begin With The End In Mind (Sila baca buku tersbut ya!). DS kerap mengaitkan ilmu tersebut sudah ada dalam diri kita sebagai orang Islam. Cuma kita tidak sedar. DS kaitkan dengan Rukun Islam dan Rukun Iman. Rukun Islam adalah perbuatan yang wajib kita lakukan, manakal Rukun Iman adalah kepercayaan. Jika kita melakukan perbuatan tapi tidak yakin, itu bermakna kita tiada kepercayaan.

DS mengurai satu persatu tentang rukun solat yang sepatutnya kita ambil ikhtibar dalam kehidupan seharian. Di mana semuanya bermula dengan NIAT seperti juga solat. Dan juga destiny, destinasi yang ingin kita tuju dalam solat. Begitu juga dalam mengejar kejayaan. Di manakah destinasi yang kita ingin tuju? Adakah kita telah memasang niat yang betul dalah setiap tindakan? Berkerut kening saya cuba menangkap setiap patah perkataan yang keluar dari mulut DS untuk dihadamkan.

Banyak lagi yang DS sentuh termasuk perihal kebersihan hati dan doa, kaedah berserah atau bertawakal kepada Allah dan lain-lain lagi. Banyak perkara yang perlu ada dalam diri orang yang ingin mencapai kejayaan. Islam sudah beri semuanya kepada kita. Laungan azan menyeru umat islam untuk solat, dan menyeru umat islam menuju kejayaan. Itu lah resepi kejayaan dunia dan akhirat. Kejayan bukan diukur melalui harta semata-mata, tetapi destinasi yang utama adalah menuju kematian. Apakah bekalan yang akan kita bawa. adakah harta? Jika kita menjaga agama, agama akan menjaga kita.

Saya tak mampu untuk huraikan kesemuanya di sini.

Dari jam 10.45 pagi, perbualan kami berlanjutan sehingga masuk waktu Zuhur. Kami hentikan perbualan untuk menunaikan solat. Selesai solat, DS menjemput saya memesan makan tengahari. Kemudian kami teruskan perbualan. Perbualan sesi petang lebih banyak berkaitan urusan kerja dan perniagaan. Alhamdulillah, DS akan sedia memberi tunjuk ajar kepada saya untuk mengembangkan perniagaan dalam bidang yang ingin saya ceburi.

 

 

 

Please follow and like us:
0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *