7 Sebab Ejen Gagal Buat Jualan

23 Jul

7 Sebab Ejen Gagal Buat Jualan

Ketika berada di KL, saya dijemput ke majlis pelancaran akademi latihan sebuah syarikat produk kesihatan dan kecantikan. Ada sesuatu yang membuatkan saya rasa kagum dengan syarikat ini.

Syarikat ini telah membuat jualan jutaan ringgit setahun untuk produk kesihatan mereka. Walaupun nama mereka tak sebesar nama syarikat lain yang selalu masuk TV, tetapi mereka tetap berjaya. Malah telah melahirkan ramai ejen yang berjaya. Hampir kesemua ejen mereka konsisten membuat jualan setiap bulan. Mmmmmmm….apa rahsia mereka?

Sokongan dan latihan berterusan

Ya! Itu lah rahsia mereka. Kita tahu kebanyakan syarikat pengeluar produk kesihatan atau kecantikan memang ada menyediakan bahan promosi, taklimat pemasaran perniagaan dan sebagainya. Tapi ada satu kelainan yang saya dapat lihat dengan syarikat ini.

Syarikat ini menubuhkan sebuah akademi latihan khas untuk stokis dan ejen mereka. Akademi ini diterajui oleh barisan sifu-sifu pemasaran yang hebat dan berpengaruh.

Program latihan mereka berterusan dan dpantau dengan rapi oleh syarikat. Modul latihan yang disediakan adalah proven, dan result diperolehi secara live semasa sesi latihan. Setiap teknik diolah menjadi formula dan template yang hanya perlu diikut semudah copy paste sahaja.

Satu perkara unik yang saya rasa tak ada syarikat lain buat adalah, bimbingan product knowledge. Sangat berbeza dengan syarikat lain kerana pengasa produk ini adalah seorang doktor yang pakar dan berpengalaman yang khusus dalam bidang kecantikan. Apa bezanya?

Setiap satu bahan yang terkandung dalam produk didedahkan dan diajarkan mekanisma tindakbalas bagaimana ia membantu menyelesaikan masalah pengguna. Sekalai pandang, rasa macam duduk dalam kelas biologi.

Tahu tak apa beza bila anda tahu detail pasal produk? Anda akan rasa lebih yakin walaupun anda sebenarnya tak perlu pun menceritakan tindak balas biologi kepada pelanggan.

Please follow and like us:
0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *