Masyarakat Pengerang Rebut Peluang Perniagaan di PIPC

25 Oct

Masyarakat Pengerang Rebut Peluang Perniagaan di PIPC

Sumber gambar: https://www.nst.com.my/business/2017/

Sememangnya projek PIPC di Pengerang membuka lembaran baru kepada masyarakat tempatan untuk meningkatkan ekonomi. Bukan sahaja peluang pekerjaan yang sangat banyak, malah penglibatan dalam bidang perniagaan terbentang luas. Tambahan pula, banyak agensi terlibat untuk bantu masyarakat tempatan di Pengerang untuk menjana pendapatan. Antara agensi yang terlibat secara langsung adalah JPDC.

Matlamat JPDC antaranya adalah

  1. Memberi informasi
  2. Menyediakan latihan kemahiran
  3. Menyediakan fasiliti
  4. Memberi pendedahan

kepada syarikat tempatan akan peluang yang ada di PIPC

Latihan Keusahawanan

  1. Mentoring & Coaching Programmes
  2. Program Keusahawanan Masyarakat pengerang 2015
  3. Program Keusahawanan Masyarakat pengerang 2016
  4. Program Bimbingan Perniagaan untuk Usahawan Tempatan (iBIG) 2017
  5. Empowerment of Community via Enhanced Business Communication
  6. Program Jahitan Lanjutan untuk Indutri
  7. Program Katering Lanjutan Untuk Industri
  8. Program e-Usahawan

Seramai 217 usahawan telah mengambil bahagian dalam semua program di atas

Mudahcara Perniagaan

  1. Sesi lawatan kerja ke PETRONAS Kerteh
  2. Networking Session (Program Taklimat dan Sesi Dialog dalam mempersiapkan syarikat tempatan untuk mnyertai PIPC)
  3. Public Dialog II (Program Taklimat dan Sesi Dialog dalam mempersiapkan syarikat tempatan untuk mnyertai PIPC
  4. Majlis Hi-Tea bersama YAB MB Johor
  5. Seminar Transformasi Kontraktor Pembinaan untuk Sektor Minyak & Gas Negeri Johor
  6. Kursus bersama NIOSH
  7. Rapid Supply Chain for Pengerang: Are We Ready?
  8. Bengkel Transformasi kontraktor anjuran CIDB & MOCA
  9. Program Bina Niaga PIPC 2017

Seramai 811 usahawan telah mengikuti program-program di atas

Jika anda ada syarikat dan berdaftar di Johor, jangan bertangguh! Terus daftarkan syarikat anda di JPDC sekarang supaya anda tidak terlepas peluang-peluang mengikuti program yang mereka anjurkan bersama-sama Petronas di Pengerang

Borang Daftar JPDC

Please follow and like us:
0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *