Sifat Perlu Ada Untuk Berjaya Dalam Bisnes

25 Oct

Sifat Perlu Ada Untuk Berjaya Dalam Bisnes

Ada Tujuan Yang Jelas

Kenalpasti nilai-nilai yang ada pada diri. Apa yang anda ingin jadi suatu hari nanti. Apa yang anda ingin lakukan dalam hidup dan apa yang ingin anda miliki. Apa perkara yang anda paling suka lakukan. Bila sudah jelas semua perkara tersebut, dari situ anda bermula

Belajar untuk diajar

Buka peluang pada diri untuk diajar dan disokong oleh orang lain. Tidak semestinya anda perlu dengar semua nasihat pandangan mereka. Tapi, pertimbangkan apa kata mereka dengan melihat pilihan yang anda ada.

Cari Mentor

Kenali seseorang yang telah berjaya dalam bidang yang anda mahu ceburi. Sokong usaha mereka dan belajar dari mereka. Anda akan jimat masa dan tenaga dengan mengurangkan risiko melakukan kesilapan dari pengalaman mereka. Anda juga berpeluang melalui jalan pintas dengan menggunakan sumber-sumber yang mereka ada

Cari Orang Yang Betul

Untuk mencapai sesuatu objektif terutama dalam peniagaan, anda perlu ada kerjasama dengan orang lain. Mereka mungkin rakan niaga atau pekerja. Cari orang-orang yang sesuai dengan objektif anda.

Kenal Pasti Matlamat Mereka

Setiap orang yang ada hubungan perniagaan dengan anda, kenal pasti matlamat mereka. bantu mereka mencapai matlamat tersebut

Sentiasa Jelaskan Sistem Anda

Jika anda mempunyai pekerja, sentiasalah jelaskan kepada mereka sistem kerja yang anda gunakan dalam perniagaan. Jika tidak, mereka akan menggunakan sistem sendiri yang mungkin tidak selari dengan objektif anda

Dokumen kan Perkara Penting

Semua arahan perlu bertulis dalam dokumen yang mudah diakses oleh pekerja anda. Contohnya, surat-surat perjanjian, skop kerja, prosedur, polisi, visi dan misi syarikat. Ingin penting supaya semua orang yang bekerjasama dalam perniagan anda mempunyai hala tuju yang jelas dalam pekerjaan

Please follow and like us:
0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *